Friday, April 13, 2012

hargai aku

Dengan lafaz yang mulia..


بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


elo eloo ellooo. oolaa wahai diari tersayang :) mungkin selepas ini aku akan lebih kerap hupdate entry memandangkan hati ini lebih selesa untuk berbicara dengan mu wahai diari berbanding yang lain.mungkin rasa lebih selesa :) kalo dulu kala aku asyik sibuk berpesbuk jea bertweeter jea sekarang let me spent mase sedikit-sedikit untuk mu yea wahai diari. ireallymissyoubadlyactually wahai diary ;(


Alhamdulillah. kehidupan makin teratur dari setiap detik. sedikit demi sedikit diri sudah makin selesa dengan pekerjaan hakiki :) walau banyak dugaan yang aku harus face mase tengah kerja tue buts it's okay. senior-senior a.k.a taiko sedia ada untuk membantu aku. even kadang-kadang soalan yang aku tanya tuelah jawapan dea. hahaha. Syukur yang teramat, senior aku semuanya baek-baek. tak pernah kedekut ilmu bile bertanya. itew sukeee ^.^  kerja pom tak tensyen kan :) sekarang aku bekerja kat ward spinal di PPUKM ( pusat perubatan UKM,Cheras ). ward spinal nie yang berkaitan dengan tulang belakang. mostly patient aku kebanyakkannya bed ridden. so, period untuk sembuh tue lame  jugak lah but depends kepada penyakit yang dihidapi. macam-macam kerenah patient ade. tapi sabar kena ada. *walaupun kadang-kadang teruji* tapi kita kena senyum :) 


Dalam hidup kita kena yakin pasti ada jatuh bangkit semula. sebelum jumpa yang "the right" kita selalunya akan berjumpa dengan yang salah. Jadi, dari yang salah itulah kita harus belajar daripada kesilapan. Manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Maafkan yang lepas dan buka buku baru. Bila hidup selalu maafkan orang lain, hati akan tenang. be positive. Yakinlah, Allah swt telah menyediakan skrip kehidupan yang indah buat setiap hambaNya. berdoa yea :) Ini perinsip dalam kehidupan aku. " kalau orang taknak kat kita, jangan paksa. Biarkan dia pergi. Yakin dalam hati InsyaAllah Allah swt akan ketemukan yang lebih sesuai dengan kita." Kalau ikutkan hati memang sedih tapi sampai bila nak sedeyh kan. Masa tetap berlalu. Masa itu emas. Rugi kalau kita bazir macam tue jea. Manfaatkan kepada sesiapa yang menghargai diri kita seadanya ^.^

p.s | Dengan sederhana cinta menjadi sangat indah :)

Wednesday, April 11, 2012

live of laugh.

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hyee.! diam-diam lelame sangat kan. but it's okay then. kehidupan sekarang makin teratur walaupun kadang kala ada terasa sunyi. mungkin belum tiba masanya lagi ;') kita hanya mampu merancang tapi Allah swt yang tentukan. sabar dan terus bersabar. doa dan terus berdoa. InsyaAllah :) life sekarang banyak meluangkan mase di rumah saja. no social life so far. keluar rumah pergi keje and balik keje terus blik rumah. no life kan. hehe. tapi bagi aku tue lah kehidupan yang best sekali. tak de keperluan untuk keluar baik duduk dekat rumah jea. buat apa yang patot. sekarang nie macam-macam berita dah keluar. sebagai contoh rogol, kene ragut bagai. pfftt.! talk to my hand. aku tak nak sume tue. kalo ada kerja yang penting baru aku keluar. so far kalau aku nak bersosial sangat, pergi je kat mall mane-mane cuci mate dan cuci tangan sekali. habes duet dok diam. hahaha.
bile free time jea aku suke try and error new resepi. macam-macam aku search kat tenet, buku-buku resepi. ape yang berkenan aku buat. selalunye pengkritik tegar aku ialah budak rumah aku sendiri. ade jea lebey, aku bawak dekat ward. meh cuci mate sket dengan masakan special made nie ^.^

Red velvet cake

Tiramitsu cake

oreo cheese cake

apam pokka dot

ondey-ondey @ buah melaka

che mek molek

dah bulan empat dah nie. heee :) harijadik pom just around the corner. last year dah belikan jam tangan untuk diri sendiri tahun nie insyaAllah :)

p.s | memasak hobi aku yang terbaru. ayu gitu. aauuww~

Tuesday, February 14, 2012

sabar itu indah.

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


" kadang-kadang Allah SWT sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah SWT hendak memberikan kita pelangi yang indah dan cantik. "

p.s| kepada bakal zoujku, i'm waiting for you.InsyaAllah sampai ke Jannah yea kite :)

Sunday, February 12, 2012

haip.!

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hye wahai diari terchenta :) sudah lame kan aku dok diam tak hupdate entry baru kan. sungguh lame dan memang lame. mendiam seribu bahasa. dan sepanjang itu jugak lah banyak mende yang aku belajar dalam hidup ini. kejap jatuh kejap naik. that's called life. sebagai manusia kita kena terimanya dengan hati yang terbuka. yakin bahawa semua ini ada hikmahnya ;)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah 4 bulan dah aku berada di alam pekerjaan. wahh.! sungguh tak sangka. bekerja pada usia 21 tahun sedangkan ramai kenalan yang laen masih bertukus-lumus membanting tulang dan bersengkang mata untuk belajar. Syukran Ya Rabb di atas segala rezeki yang telah Engkau aturkan untuk diri ini. memang di luar kotak fikiran diri ini. " tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan". yea.! sekarang aku setuju dengan statement ini. Alhamdulillah V(^__^)V

Walaupun dahulunya pelbagai dugaan yang aku harus tempohi, aku tetap kena kuatkan jugak. Aku yakin Ya Rabb semua inie telah di aturkan sebaik mungkin oleh Engkau untuk diri ini. Syukran sekali lagi Ya Rabb Ya Izzati ;) Alhamdullah, aku dapat team sekerja yang memang sporting, suka tolong junior, akan sentiasa menegur if aku ade buat silap. Ketua yang amat-amat memahami keadaan pekerjanya dan sangat bertimbang rasa. Ya Rabb, hikmah apekah yang berikan pada aku inie. Jauh dalam sudut hati ini memang tidak pernah putus mengucapkan " Alhamdulillah" padaMu Ya Rabb. aku amat-amat bersyukur Ya Rabb. Walaupun pada awalnya aku amat lemah untuk menempuh semua ini. aku yakin bahawa Engkau sentiasa dengan aku. tak pernah berjauhan dengan aku. Syukran Jazilan Ya RAbb :)

Sekarang aktiviti aku tidak padat sangat kalau nak compare mase aku student dulo-dulo. tido, siap-siap g kerja,kerja, balik, masak, lepak ngam housemate tak pon aku online. nie jealah aktiviti aku so far. kadang-kadang ade jugak member ajak kuar. tapi aku lebey suka duk kat umah. rase lebih selamat dan tenang :) kalau kadang-kadang kuar tue boleh lah but bukan selalu lah. now, aku da macam addicted nak baking some cake, try new resepi, and selalu gak la aku duk search something yang leyh try kan. tapi,nak baking pom kena ade oven. so, aku try cari initiatif laen. Maksudnya, masak atau buat kek yang tidak guna oven. ade jea kek yang tak gune oven. tak semua kek guna oven yeaa :) InsyaAllah, next month nak cari oven baru ^__^



* my hero (^__^) *


heee :) ensem tak hero aku sorang nie. ensem kan. uiks.! nie adik laki aku lah. hero laen so far tarak lagi. slowly tengah skodeng gak nie. aku nak yang halal no haram. pengalaman mengajar kita makin dewasa. learn from mistake. InsyaAllah, hanya usaha dan keep on berdoa jea yang mampu aku buat. nak sesuatu bukan boleh datang bergolek cam tue jea. usaha kena ada. yang tak nak, tak pe. jangan dipaksa. keep on berusaha. tak salah kan. sebab kita selalunya akan berjumpa dengan yang salah dahulu before jumpa dengan the right one. so, be patient. serahkan semua urusan kita kepada Allah swt. Yakin bahawa segala yang ditentukan oleh-Nya adalah yang terbaik buat kita. be positive to Allah swt :)

p.s | dengan restu Allah, ku ingin miliki dirimu ;)

Wednesday, December 14, 2011

a big hope.

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku nescaya rasa cinta itu akan Allah swt tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku. Wahai seseorang yang tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku dan ayah kepada anak-anakku, engkau yang bersamaku dalam perjalananku nanti. aku percaya engkau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjadi imam pada tulang rusukkmu dan buah hatimu kelak.

p.s | still waiting






Wednesday, October 19, 2011

senyumlah kerana ia bermakna =)

Dengan lafaz yang mulia..

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hye you olls.! Hai sane. Hai sinie. owh yeahh.! Matahari da menyinari kehidupan ini kembali. Terasa kehidupan kembali ceria dah. Tak mau da hidup dalam kegelapan. Syukran Ya Rabb untuk segala cubaan dan dugaan hidup yang telah Engkau berikan pada diri ini sebab ia suda membuat diri ini makin kuat dari segi mental dan fizikal. Apa saja yang terjadi pasti ada hikmahNya. Dan aku amat-amat yakin dengan janji-Mu wahai penciptaku :)


" Allah swt tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah :286) "


" Ya Allah sesungguhnya diri ini amat-amat yakin bahawa Engkau tidak pernah berjauhan , sentiasa dekat dan tak pernah meninggalkan diri ini keseorangan. Ya Allah, jika dia adalah jawapan untuk istiqarahku, dekatkanlah kami berdua dengan cara yang betul. Cara yang di redhai-Mu wahai Ya Rabb. Satukanlah kami dengan ikatan yang halal Ya Rabb. Permudahkanlah segala urusan kami. Sesungguhnya Wahai Penciptaku, inilah pelangi yang teramat-amat chantek yang telah Engkau berikan pada ku. Ameen. "

Benar, melepaskan sesuatu yang amat-amat kita sayangi rasa sangat-sangat pedih dan menyakitkan. Namun, sebagai manusia yang telah diberikan akal fikiran gunakanlah ia sebaik mungkin. Tanam dalam diri dan yakinlah dengan aturan jalan cerita kita ini telah di aturkan oleh Allah Maha Besar. Aturan-Nya tidak pernah silap. Serahkan segala urusan kerana Dialah yang terbaik dalam menguruskan urusan kita. Yakinlah janjiNya tidak pernah salah meskipun ia pahit untuk ditelan.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216) "



Apa yang penting dalam melakukan sesuatu, niat harus betul. Dan aku telah pilih jalan ini untuk aku tempuhi walaupun pada awalnya amat-amat sakit untuk aku terimanya. Demi ummi dan ayahanda tersayang aku lepaskan apa yang aku kasihi selama ini. Aku redha dan aku pasrah. Aku tidak mahu aku akan menyesal di kemudian hari. Aku tidak mahu membuat satu kesilapan untuk kisah hidupku. Kalau nak hidup dalam diberkati, restu ibubapa amat-amat penting. Demi itu, pahit macam mane pom aku sanggup telan sebab aku yakin di hujungnya pasti ada manisnya =)

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darejatnya, jika kamu orang-orang beriman.
( Al-Imran : 139 ) "

" Every story has an end but in life every end is just a new beginning "

p.s | Yesterday is history. Tomorrow is a mystery.Today is a gift.That's what we call it the present.

Sunday, October 16, 2011

=)


saya harap awak yang terakhir untuk saya =)